Found this in my folders. Typed it, but never really get to post it. Anyway. hahha hiiii. And enjoy :P
>>>>>
Pada suatu hari yang indah, aku berjumpa dengan seorang lelaki ketika dia sedang berjalan-jalan di dalam hutan. Pada mulanya lelaki itu kelihatan sangat baik, tetapi setelah aku mengenalinya dengan lebih mendalam, lelaki itu adalah seorang yang amat clingy dan sukar untuk difahami. Pada mulanya dia selalu berjalan dalam segi tiga yang sudah diresolve. Aku mendapati caranya berjalan itu amat pelik tetapi aku tidak menegurnya, kerana bagiku setiap seorang mempunyai idiosyncrasiesnya yang tersendiri. Dia selalu bercakap mengenai apple yang gugur dengan gravitational force of 9.81m/s dan dia juga selalu menyentuh mengenai kelajuan angin yang bertiup ketika dia turun dari helicopter menggunakan parachute. Katanya level kelajuannya lama kelamaan akan mencecah ‘terminal velocity’.
Bagiku, dia seorang yang amat membosankan. Dan segala yang diutternya kepadaku bagaikan angin yang keluar dari gegendang telinga. Dia jua selalu menasihatkan aku supaya memakai tali pinggan keledar di dalam kereta untuk meninggikan braking distance. Everytime aku menyebut mengenai power rangers yang ada power segala, yang disebutnya adalah power yang evolve from the ciruit and segala electric-electric yang wujud di alam nyata ini menggunakan formula P=IV dan setiap kali aku bermain gelang getah, dia selalu menyebut akan kisah perubahan kepada aturan gelang getah itu, yang dipanggilnya deformation. Sasakku. Aku kan main gatah saja wahhhhh. HAISSHHHHH.
Setelah beberapa bulan mengenalinya, aku tahu hatiku tidak akan suka kepadanya dan tidak akan terpikat sekalipun. Ku sabarkan hatiku dengan kerenahnya, kerana sabar itu separuh daripada iman.
Aku mula dari awal lagi untuk mengenalinya. Masih tiada perubahan. Perbicaraan yang bosan, dicakap mengenai pikachu, disebutnya mengenai electric di rumah dan cara pemasangan bulb lampu yang in series or in parallel, menggunakan electrik. Dibawa main skipping, disebutnya pasal formation of waves dan amplitude. Dibawa meliat movie the Hulk yang mutated, becakap tah ya pulang pasal radiation and wavelength nya sekali!
Kerana rasa bodoh setiap kali bersama dia, aku cuba untuk memahami segala apa yang pernah dikatakannya kepadaku.
Well, people say words come back to haunt you.
I fell in love.
Aku jatuh cinta kepadanya walaupun aku sudah memberitahu diriku yang aku takkan jatuh hati kepadanya. Masaku banyak diluangkan bersamanya. Kami bagaikan isi dengan kuku. GILAAA. Talk about being clingy. Seronok, gembira, dan bermacam-macam perasaan. Alangkah indahnya perasaan itu.
Namun pada hari ini, dia tiba-tiba memberi ku layanan sejuk. Melihat diri ku pun hanya pandang sebelah mata sahaja. Tidak cukup kah perhatian ku kepada mu? Kasih sayang ku? Dan juga cinta ku? Apa yang kau mahukan dari ku?
Because of you, I start loving, and because of you too, I stopped…
Mr Physics.
Xxxx
Post depression, after physics exam.
HOHOHOHO
Ps: Cerita ini adalah kisah benar. Cuma bukan lelaki benar. It’s PHYSICSSS. If you still don’t get the hint.
<<<<<
HAHAHA. LOL. Jobless amat.
xxx
No comments:
Post a Comment